Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

KENAPA DILAMUN CINTA

Mencintaimu bagaikan menggenggam mawar berduri. Semakin kuat aku menggenggam, semakin aku terluka.. Cinta itu buta... CINTA adalah fitrah yang wujud dalam diri manusia. Bahkan, cinta adalah suatu yang suci dan boleh memberi kebahagiaan. Namun, ramai remaja yang terjebak dengan cinta atau,  ‘dilamun cinta’ hingga kehidupan mereka tidak menentu. Ikuti pandangan Dr Hj Azizan Ahmad mengenai sebab remaja terjebak dalam masalah ini. Apa pandangan Dr tentang cinta? Ada orang kata cinta itu abstak. Ada juga yang anggap ia buta. Namun, kita boleh lihat orang yang bercinta walaupun mereka tidak melafazkan kata-kata yang mengandungi maksud berkenaan. Perbezaan orang yang dilamun cinta boleh dikenali menerusi percakapan, perbuatan dan tindak-tanduk mereka. Ada yang cuba menghapuskan cinta dalam diri apabila merasakan ia tidak lagi bermakna dan menimbulkan pelbagai masalah. Cinta tidak boleh dihapuskan kerana ia adalah fitrah diri manusia. Ia wujud sebab manusia s...

Aku ingin Miliki CINTA itu..

  Cinta Itu.....   Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung burung gurun enggan mengepakkan sayap.     Pagi itu, Rasululllah dengan suara terbatas memberikan khutbah “Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkataan kepada kalian, Alquran dan Sunnah ku...Barang siapa mencintai sunnah ku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama ku.      Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu per satu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam....Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.”Rasullulah akan...