Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

KENAPA DILAMUN CINTA

Mencintaimu bagaikan menggenggam mawar berduri. Semakin kuat aku menggenggam, semakin aku terluka.. Cinta itu buta... CINTA adalah fitrah yang wujud dalam diri manusia. Bahkan, cinta adalah suatu yang suci dan boleh memberi kebahagiaan. Namun, ramai remaja yang terjebak dengan cinta atau,  ‘dilamun cinta’ hingga kehidupan mereka tidak menentu. Ikuti pandangan Dr Hj Azizan Ahmad mengenai sebab remaja terjebak dalam masalah ini. Apa pandangan Dr tentang cinta? Ada orang kata cinta itu abstak. Ada juga yang anggap ia buta. Namun, kita boleh lihat orang yang bercinta walaupun mereka tidak melafazkan kata-kata yang mengandungi maksud berkenaan. Perbezaan orang yang dilamun cinta boleh dikenali menerusi percakapan, perbuatan dan tindak-tanduk mereka. Ada yang cuba menghapuskan cinta dalam diri apabila merasakan ia tidak lagi bermakna dan menimbulkan pelbagai masalah. Cinta tidak boleh dihapuskan kerana ia adalah fitrah diri manusia. Ia wujud sebab manusia s...