KENAPA DILAMUN CINTA
Mencintaimu bagaikan menggenggam mawar berduri. Semakin kuat aku menggenggam, semakin aku terluka..
Cinta itu buta...
CINTA adalah
fitrah yang wujud dalam diri manusia. Bahkan, cinta adalah suatu yang suci dan
boleh memberi kebahagiaan. Namun, ramai remaja yang terjebak dengan cinta atau, ‘dilamun cinta’ hingga kehidupan mereka tidak menentu. Ikuti pandangan Dr Hj
Azizan Ahmad mengenai sebab remaja terjebak dalam masalah ini.
Apa pandangan Dr
tentang cinta?
Cinta tidak
boleh dihapuskan kerana ia adalah fitrah diri manusia. Ia wujud sebab manusia
sentiasa berinteraksi. Islam sudah menunjukkan panduan supaya interaksi cinta
itu mengikut lunas agama. Jadi, kita ikut kaedah Islam menguruskan cinta.
Berdasarkan
pemerhatian Dr, boleh jelaskan faktor remaja dilamun cinta?
Faktor pertama,
interaksi yang tidak mengambil lunas agama. Remaja bergaul terlalu bebas,
keterlaluan dan tidak mengenal batas moral. Akhirnya, mereka jatuh cinta hingga
tidak dapat dikawal.
Faktor kedua,
persekitaran dan media massa
termasuk televisyen, akhbar, majalah dan internet semuanya menceritakan kisah
cinta. Ia merangsang percintaan di antara lelaki dan perempuan tanpa melalui
kaedah yang betul menurut panduan agama.
Faktor ketiga,
fokus remaja tidak jelas. Ia berlaku kepada remaja yang sudah dilamun cinta.
Mereka tidak lagi mengetahui perkara yang sebenar mahu dicapai daripada
interaksi berkenaan. Contohnya, apabila seorang pelajar tidak sedar tugas
utamanya adalah belajar, kemudian menghadapi masalah cinta dan dia akan memberi
fokus kepada cinta secara berlebihan hingga mengabaikan tanggungjawab sebenar.
Kesimpulannya…
Cinta seperti
ini adalah satu penyakit yang berbahaya. Sehubungan itu, remaja perlu bijak
bertindak untuk menguruskan tiga faktor berkenaan bagi mengelakkan diri
bermasalah akibat dilamun cinta. Masalah ini juga perlu dihadapi dengan tenang
dan bukannya menggunakan emosi semata-mata. Cuba berbincang dengan orang yang
dikenali dan boleh membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Selepas berusaha,
panjatkan doa dan berharap kepada Allah SWT supaya masalah kita dimudahkan.
Ulasan
Catat Ulasan