Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Catatan Dhuha

Imej
Kuliah AllahyarhamTok Guru Nik Aziz Ambo beranak(dilahirkan) tuan-tuan beranak atas dunia ini . Kita kena guna nikmat tuhan sepenuhnya . Jak (sejak) ko akhir baligh hingga ko mati, apa yang Tuhan suruh kita buat belaka. Demo ada mulut nak telan gapo(apa-apa) telan, nasi ko, roti ko, durian ko, gapo lagi weh, satay ko loh gi lah(terserahlah). Telan gi lah, tetapi biar serupa dengan hak Tuhan nak. Jangan telan barang hak(yg) Tuhan marah. Nasi pun kalau kita bayar dengan duit curi tak soh( tak usah) baik lapar. (lebih) baik kebulurun, pitih(duit) ada. Hak jual kasut curi di masjid, buat gapo(apa) pitih nak beli nasi, perut keyang tapi roh kita lapar. Kita ada dua perkara dalam tubuh kita, ada ruh. Tubuh serupa jak ko (sejak dari) tok adam as(nabi adam) Sebab itu ambo sebut, bila berlaku taufan nabi nuh , orang buat kajian, gali balik tempat nabi nuh, orang jumpa dengan mayat- mayat. Mayat tu serupa(bentuk) dengan hak hari ni. Kepala, muka ta ngan, kaki, serupa belaka. Seorang penulis ...

Berubah Duhai Insan..

Bila malam tiba ke hujung, Pagi bergegas mengambil alih. Dari gelap jadilah ia cerah. begitulah sunnatullah sejak diciptakan. Namun indah nian bayu pagi menggamit keindahan mencoret memori kehidupan, manusia tetap sama tiada ubah tiada beza. Seolah olah mereka tidak mengerti mereka hidup untuk memakmurkan alam. Manusia bersifat berlawanan dengan azali ciptaan. Mereka menjadi punca kerosakan alam, mereka menjadi penggalak pencemaran menambah kekotoran. Mereka lari dari amanah mereka dijadikan. Ohh manusia, tiada yang lain mengubahmu melainkan hati nurani dirimu sendiri.Tiada beza haiwan dan binatang andai perangai seperti syaitan.Rupa cantik satu kelebihan, akhlak baik suatu kemestian. Dari atas sampai ke bawah semua sama tiada beza. Disangka harta itu indah, tapi ukhwah jadi mangsa, Disangka dunia itu kekal, alam abadi entah ke mana. Islam itu datangnya dagang dan bakal kembali sebagai dagang itulah sunnah termaktub dalam khabaran Nabi. Maka apakah pula mahu dihairankan jika man...