Berubah Duhai Insan..
Bila malam tiba ke hujung, Pagi bergegas mengambil alih. Dari gelap jadilah ia cerah. begitulah sunnatullah sejak diciptakan.
Namun indah nian bayu pagi menggamit keindahan mencoret memori kehidupan, manusia tetap sama tiada ubah tiada beza. Seolah olah mereka tidak mengerti
mereka hidup untuk memakmurkan alam.
Manusia bersifat berlawanan dengan azali ciptaan. Mereka menjadi punca kerosakan alam, mereka menjadi penggalak pencemaran menambah kekotoran. Mereka lari dari amanah mereka dijadikan.
Ohh manusia, tiada yang lain mengubahmu melainkan hati nurani dirimu sendiri.Tiada beza haiwan dan
binatang andai perangai seperti syaitan.Rupa cantik satu kelebihan, akhlak baik suatu kemestian.
Dari atas sampai ke bawah semua sama tiada beza. Disangka harta itu indah, tapi ukhwah jadi mangsa, Disangka dunia itu kekal, alam abadi entah ke mana.
Islam itu datangnya dagang dan bakal kembali sebagai dagang itulah sunnah termaktub dalam khabaran Nabi. Maka apakah pula mahu dihairankan jika manusia semakin jahiliah. Jahil dari mengenal azalinya, jahil dari mengenal Tuhan yang menjadikannya.
Seolah mereka tiada syariat sebagai peraturan, seolah manusia tiada tuhan tempat menghambakan. Asingnya semakin kedepan tatkala ummat akhir zaman semakin berakhir. Islam itu sifatnya Unggul tapi ummatnya seperti Tunggul, statik dan tidak berubah.
Berubahlah duhai manusia, kamu itu ada tugas, bukan sengaja kamu diciptakan. Terus bangkit untuk berubah.
Ulasan
Catat Ulasan