Pengaruh Perbezaan Qiraat dalam Istinbat Hukum


Antara fungsi perbezaan qiraat Al-Qur’an yang khusus berkaitan ayat-ayat hukum dan pengaruhnya terhadap istinbat hukum, ialah :

1. Mengukuhkan atau menguatkan ketentuan hukum yang telah disepakati dan diijma’kan para ulama’.
2. Mentarjihkan hukum yang diikhtilafkan oleh para ulama’.
3. Menggabungkan dua ketentuan hukum yang berbeza.
4. Menunjukkan adanya dua ketentuan hukum yang berbeza, dalam keadaan yang berbeza pula.
5. Menjadi hujah bagi ulama’ untuk memperkuat pendapatnya mengenai sesuatu masalah hukum.
6. Menjelaskan sesuatu hukum dalam suatu ayat, yang berbeza dengan makna menurut zahirnya.
7. Merupakan penjelas terhadap suatu lafaz dalam Al-Quran, yang mungkin sulit untuk difahami maknanya.
Berikut merupakan salah satu contoh dalam mengukuhkan atau menguatkan ketentuan hukum yang telah disepakati dan di-ijma’kan para ulama’, berkaitan firman Allah berikut.
وَاِنْ كاَنَ رَجُلٌ يُوْرَثُ كَلاَلَةً اَوِامْرَأَةٌ وَلَهُ اَخٌ اَوْ اُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُماَ السُّدُسُ
“Jika seseorang mati, baik lelaki ataupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.” (Qs. Al-Nisa’/4: 12)
Berdasarkan ayat diatas, para ulama’ telah berijma’, bahwa yang dimaksud dengan saudara lelaki dan saudara perempuan (اخ او اخت) dalam ayat tersebut yaitu saudara laki-laki dan perempuan seibu saja.
Ayat diatas diperkuat dengan qiraat yang lain,yaitu:
وَاِنْ كاَنَ رَجُلٌ يُوْرَثُ كَلاَلَةً اَوِامْرَأَةٌ وَلَهُ اَخٌ اَوْ اُخْتٌ مِنْ أُمٍّ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُماَ السُّدُ سُ
Qira’at Syazzat diatas adalah qiraat Said ibn Abi Waqash, terdapat tambahan (من أم) untuk menjelaskan ayat tersebut dan mengukuhkan ketetapan hukum.
Oleh itu, qiraat Sa’ad ibn Abi Waqash tersebut dapat memperkuat dan mengukuhkan ketetapan hukum yang telah diijma’kan para ulama’ sebagaimana yang telah disebutkan diatas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Catatan Dhuha

Senyum Dalam Kesabaran