Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Gara-gara Seekor Ular

Gar a-gara Seekor Ular Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid. Dia datang ke pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebu...ah tempat yang menjadi tujuan orang banyak. Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang budak Roma, milik salah seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar lihai. Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalnya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui bahwa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal bersamanya beberapa tahun. Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam kamar kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu justeru berbalik menyerangku dan ...

Ukhwah Islamiah Bukan Ukhwah Geli-geli

Imej
Ukhwah Islamiah Bukan Ukhwah Geli-geli T eringat satu ceramah yang pernah disampaikan oleh ustaz Khairul Nizam di Darul Quran berjaitan dengan tarbiyah. Menariknya beliau menyentuh satu perkara berkaitan dengan ukhwah iaitu ukhwah geli-geli yang bermaksud ukhwah ataupun persaudaraan yang tiada penghujung dan hanya sekadar perkongsian, berkenal-kenalan. Lebih kurang laa... Aku pun dah lupa.. Asasnya ukhwah atau persaudaraan ialah   hubungan yang terjalin antara seorang dengan seseorang samada dalam bentuk hubungan darah, sosial atau bangsa. 1-persaudaraan terbentuk dalam semua ikatan 2-persaudaraan Islam ialah universal iaitu tiada perkauman dan tidak terbatas dalam lingkungn geografi.  3-berasaskan kepada agama ALLAH S.W.T dan akidah yang satu  4-ikatan persaudaraan dalam Islam ialah ikatan yang terbit daripada syahadat dan berasaskan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Persaudaraan atau Ukhuwah dari segi bahasa : Sahabat,teman,saudara. Dari segi istilah : dilihat dari dua s...

Dimana Kita di akhirat kelak?

7 GOLONGAN MANUSIA YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 1. Pemimpin yang adil. 2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya. 3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. 4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Alla...

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu’. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang per...

Hidup Adalah Syurga

Hidup Adalah Syurga Firman Allah swt yang bermaksud: ''Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.'' (QS: Al-A'laa : 17). Hidup adalah kumpulan hari, bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur bertambah, usia berkurang. Hal itu bererti kematian kian dekat. Semestinya kita kian arif dan bijak menjalaninya, tetap dalam kesolehan, bertambah kuat akidah, semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akhlak. Pada puncak kebaikan itu lalu kita meninggalkan dunia, insyaAllah, itulah husnul khatimah. Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia. Sedangkan kehidupan roh mengalami lima fasa, iaitu: arwah, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat. Bererti hidup di dunia hanya terminal pemberhentian menuju akhirat. Allah SWT mengingatkan, ''Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.'' (QS: Al-A'laa [87]: 17). Rasulullah saw menggambarkan bahawa hidup ini tak ubahnya seorang musafir yang berted...