Hidup Adalah Syurga
Hidup Adalah Syurga
Firman Allah swt yang bermaksud:
Firman Allah swt yang bermaksud:
''Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.''
(QS: Al-A'laa : 17).
Hidup adalah kumpulan hari,
bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur
bertambah, usia berkurang. Hal itu bererti kematian kian dekat. Semestinya kita
kian arif dan bijak menjalaninya, tetap dalam kesolehan, bertambah kuat akidah,
semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akhlak. Pada puncak kebaikan itu
lalu kita meninggalkan dunia, insyaAllah, itulah husnul khatimah.
Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia. Sedangkan kehidupan roh mengalamilima fasa, iaitu: arwah,
rahim, dunia, barzakh, dan akhirat. Bererti hidup di dunia hanya terminal
pemberhentian menuju akhirat.
Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia. Sedangkan kehidupan roh mengalami
Allah SWT mengingatkan,
''Kehidupan akhirat adalah
lebih baik dan lebih kekal.'' (QS: Al-A'laa [87]: 17).
Rasulullah saw menggambarkan bahawa
hidup ini tak ubahnya seorang musafir yang berteduh sesaat di bawah pohon yang
rendang untuk menempuh perjalanan tanpa batas. Kerana itu, bekal perjalanan
mesti disiapkan semaksima mungkin. Sebaik-baik bekal adalah takwa.
‘…dan
apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah
kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu
ialah memelihara diri; dan bertaqwalah kepada-Ku Wahai orang-orang Yang berakal
(yang dapat memikir dan memahaminya).”
(QS Albaqarah [2]: 197).
Orang bertakwa adalah orang yang sangat cerdas. Ia tidak mahu terjebak pada ''keenakan'' sesaat, tetapi menderita berkepanjangan. Kerananya, ia mengolah hidup yang sesaat ini menjadi bererti untuk kehidupan panjang tanpa akhir nanti.

''Dan tiadalah kehidupan
dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah
yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.' ' (QS Al-Ankabuut [29]:
64).
Hidup ini di bawah tatapan dan aturan Allah. Segalanya berlingkar dan digilirkan: hidup, lalu mati; kecil, akhirnya membesar; muda, lama-lama tua; dan muncul kesenangan, terkadang berganti kesedihan. Semua fana. Tetapi, di tengah kefanaan itu, umat Rasulullah yang paling sukses --sebagaimana dijelaskan dalam hadis --adalah yang paling banyak mengingat mati, lalu mempersiapkan hidup setelah mati.

Akhirnya, orang-orang cerdas
akan tahu, sedar, dan yakin bahawa hidup bukan untuk mati, tetapi mati itulah
untuk hidup. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Kerananya,
jangan takut mati, jangan cari mati, jangan lupa mati, dan rindukanlah mati.
Mengapa? Kerana, kematian adalah pintu berjumpa dengan-Nya -- perjumpaan
terindah antara kekasih dengan Kekasihnya.
Subhanallaah, ternyata hidup ini syurga, saudaraku. Maka….Beramallah, sebelum terlambat.
Subhanallaah, ternyata hidup ini syurga, saudaraku. Maka….Beramallah, sebelum terlambat.
Ulasan
Catat Ulasan