Catatan

Pengaruh Perbezaan Qiraat dalam Istinbat Hukum

Imej
Antara fungsi perbezaan qiraat Al-Qur’an yang khusus berkaitan ayat-ayat hukum dan pengaruhnya terhadap istinbat hukum, ialah : 1. Mengukuhkan atau menguatkan ketentuan hukum yang telah disepakati dan diijma’kan para ulama’. 2. Mentarjihkan hukum yang diikhtilafkan oleh para ulama’. 3. Menggabungkan dua ketentuan hukum yang berbeza. 4. Menunjukkan adanya dua ketentuan hukum yang berbeza, dalam keadaan yang berbeza pula. 5. Menjadi hujah bagi ulama’ untuk memperkuat pendapatnya mengenai sesuatu masalah hukum. 6. Menjelaskan sesuatu hukum dalam suatu ayat, yang berbeza dengan makna menurut zahirnya. 7. Merupakan penjelas terhadap suatu lafaz dalam Al-Quran, yang mungkin sulit untuk difahami maknanya. Berikut merupakan salah satu contoh dalam mengukuhkan atau menguatkan ketentuan hukum yang telah disepakati dan di-ijma’kan para ulama’, berkaitan firman Allah berikut. وَاِنْ كاَنَ رَجُلٌ يُوْرَثُ كَلاَلَةً اَوِامْرَأَةٌ وَلَهُ اَخٌ اَوْ اُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْ...

Catatan Dhuha

Imej
Kuliah AllahyarhamTok Guru Nik Aziz Ambo beranak(dilahirkan) tuan-tuan beranak atas dunia ini . Kita kena guna nikmat tuhan sepenuhnya . Jak (sejak) ko akhir baligh hingga ko mati, apa yang Tuhan suruh kita buat belaka. Demo ada mulut nak telan gapo(apa-apa) telan, nasi ko, roti ko, durian ko, gapo lagi weh, satay ko loh gi lah(terserahlah). Telan gi lah, tetapi biar serupa dengan hak Tuhan nak. Jangan telan barang hak(yg) Tuhan marah. Nasi pun kalau kita bayar dengan duit curi tak soh( tak usah) baik lapar. (lebih) baik kebulurun, pitih(duit) ada. Hak jual kasut curi di masjid, buat gapo(apa) pitih nak beli nasi, perut keyang tapi roh kita lapar. Kita ada dua perkara dalam tubuh kita, ada ruh. Tubuh serupa jak ko (sejak dari) tok adam as(nabi adam) Sebab itu ambo sebut, bila berlaku taufan nabi nuh , orang buat kajian, gali balik tempat nabi nuh, orang jumpa dengan mayat- mayat. Mayat tu serupa(bentuk) dengan hak hari ni. Kepala, muka ta ngan, kaki, serupa belaka. Seorang penulis ...

Berubah Duhai Insan..

Bila malam tiba ke hujung, Pagi bergegas mengambil alih. Dari gelap jadilah ia cerah. begitulah sunnatullah sejak diciptakan. Namun indah nian bayu pagi menggamit keindahan mencoret memori kehidupan, manusia tetap sama tiada ubah tiada beza. Seolah olah mereka tidak mengerti mereka hidup untuk memakmurkan alam. Manusia bersifat berlawanan dengan azali ciptaan. Mereka menjadi punca kerosakan alam, mereka menjadi penggalak pencemaran menambah kekotoran. Mereka lari dari amanah mereka dijadikan. Ohh manusia, tiada yang lain mengubahmu melainkan hati nurani dirimu sendiri.Tiada beza haiwan dan binatang andai perangai seperti syaitan.Rupa cantik satu kelebihan, akhlak baik suatu kemestian. Dari atas sampai ke bawah semua sama tiada beza. Disangka harta itu indah, tapi ukhwah jadi mangsa, Disangka dunia itu kekal, alam abadi entah ke mana. Islam itu datangnya dagang dan bakal kembali sebagai dagang itulah sunnah termaktub dalam khabaran Nabi. Maka apakah pula mahu dihairankan jika man...

Senyum Dalam Kesabaran

Apakah suatu benda sebutnya mudah, adapun nak buatnya susah, namun aku berpesan agar aku juga mampu buat.. Benda tu adalah SABAR.. Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim) Imam Muslim merekodkan dalam Shahihnya, Kitab Al-Zuhud wa Al- Raqa'iq, Bab Al-Mu'min Amruhu Kulluhu Khair, hadits no 2999. Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam m...

KENAPA DILAMUN CINTA

Mencintaimu bagaikan menggenggam mawar berduri. Semakin kuat aku menggenggam, semakin aku terluka.. Cinta itu buta... CINTA adalah fitrah yang wujud dalam diri manusia. Bahkan, cinta adalah suatu yang suci dan boleh memberi kebahagiaan. Namun, ramai remaja yang terjebak dengan cinta atau,  ‘dilamun cinta’ hingga kehidupan mereka tidak menentu. Ikuti pandangan Dr Hj Azizan Ahmad mengenai sebab remaja terjebak dalam masalah ini. Apa pandangan Dr tentang cinta? Ada orang kata cinta itu abstak. Ada juga yang anggap ia buta. Namun, kita boleh lihat orang yang bercinta walaupun mereka tidak melafazkan kata-kata yang mengandungi maksud berkenaan. Perbezaan orang yang dilamun cinta boleh dikenali menerusi percakapan, perbuatan dan tindak-tanduk mereka. Ada yang cuba menghapuskan cinta dalam diri apabila merasakan ia tidak lagi bermakna dan menimbulkan pelbagai masalah. Cinta tidak boleh dihapuskan kerana ia adalah fitrah diri manusia. Ia wujud sebab manusia s...

Aku ingin Miliki CINTA itu..

  Cinta Itu.....   Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung burung gurun enggan mengepakkan sayap.     Pagi itu, Rasululllah dengan suara terbatas memberikan khutbah “Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkataan kepada kalian, Alquran dan Sunnah ku...Barang siapa mencintai sunnah ku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama ku.      Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu per satu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam....Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.”Rasullulah akan...